23 Jan 2012 | 0 comment(s)
cinta mengajar kita banyak perkara. samada baik atau buruk, itu bergantung kepada individu itu sendiri. cinta mengajar aku untuk bersabar, setia, dan mempercayai orang lain. cinta ibarat kain putih yang suci, kita perlulah mencorakkannya dengar warna-warna yang cantik dan menarik. jika tersalah langkah, cinta suci itu akan tercemar dan berwarna hitam. anda mahu cinta anda berwarna hitam? haha. pelik bunyinya kan. orang lain bercinta, hati mereka berbunga ibarat ada sebuah taman rama-rama. tapi jika tersalah langkah, hati mereka akan kosong dan hidup ibarat di dalam hutan larangan yang tidak berpenghuni, tambahan lagi pokok-pokok yang sudah mati. okay. seram kan ?
macam dalam cerita syurga cinta, atok tu ada berkata..
cinta ni ada 3 kategori,
1) cinta dari Allah SWT
2) cinta dari ibu bapa
3) cinta dari syaitan
3) cinta dari syaitan
kita sendiri boleh berfikir secara waras, kita ingin cinta kita hadir dari kategori yang mana. samada baik, sederhana, atau buruk. sudah pasti tiada siapa pun yang akan memilih yang buruk. kan ? tapi bila difikir-fikirkan, kebanyakan remaja atau manusia sekarang mendapat cinta dari syaitan. haha. kenapa? kerana cinta mengikut nafsu. maruah seorang wanita sekarang ini terlalu mudah tergadai kerana ingin membuktikan cinta kepada pasangan mereka. tanpa mereka sedar, syaitan di sekeliling sedang tertawakan mereka dan menepok tangan di atas kebodohan mereka.
terlalu banyak cara di dunia ini yang boleh dilakukan untuk membuktikan cinta. seperti setia, dan kepercayaan. walaupun dua perkara ini nampak mudah dan biasa-biasa saja. tapi jika seseorang itu setia dan mempercayai pasangannya, itu menunjukkan bahawa dia sangat menghormati perasaan pasangan mereka dan serius dalam menjalinkan hubungan mereka. bukan mudah untuk kita mencari seseorang yang boleh menghargai hati kita. betul tak ?
kebanyakan remaja sekarang bercinta atas dasar berseronok, mahu enjoy. sehingga mereka lupa, umur semakin meningkat, sampai suatu masa mereka harus serius dengan hubungan mereka. bila ditanya sayang atau tidak, lancar sebutannya "i sayang kan you".. tapi bila ditanya tentang kahwin, tentu kelu lidah seribu bahasa bukan? terlalu asyik bercinta, couple bertahun-tahun sampai lupa bahawa anak dara yang dihirit ke sana ke mari itu perlu juga ikatan yang sah. tak kan la selamanya memegang status "taken" sahaja. :)
kesimpulannya, jagalah cinta anda sebaik mungkin. janganlah rosakkan cinta anda semasa usia muda ini, kerana ia akan memberi impak yang besar kepada anda di masa akan datang. walaupun anda tidak hebat dalam seni, dan lukisan, tidak semestinya anda tidak tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang pelukis yang hebat untuk menghiasi taman cinta anda. fikir dengan baik, pilih dengan tepat, berdoa kepada maha pencipta. semoga kita semua dikurniakan cinta dari-Nya. Terima Kasih.





fafa