27 Jan 2012 | 0 comment(s)
kali ni aku nak bercerita tentang jodoh. kenapa tiba-tiba nak cakap pasal ni? sebab tadi masa di dalam kereta, aku bersembang dengan ibu. sekali ibu cerita pasal dia dan lelaki pilihannya. kalau aku kata ibu pernah berkahwin dengan suami orang dan menjadi isteri kedua, mesti semua orang akan memandang rendah terhadap ibu kan? sudah menjadi lumrah manusia, suka menilai manusia lain dengan hanya memandang luaran sahaja. tanpa memikirkan soal jodoh yang telah lama ditetapkan oleh Allah SWT. aku bukan ingin membela ibu ku. tidak. aku cuma ingin berkongsi sedikit pendapat tentang perkara ini.
aku tidak berani bercerita lebih kerana aku sendiri tidak pernah mengalaminya. tapi cukuplah dengan aku pernah menyaksikan sendiri keperitan yang ibu lalui. okay. cukup mengenai ibu, sekarang kita bercakap soal manusia..
wanita sememangnya benci akan wanita yang merampas suami mereka. siapa sanggup berkongsi kasih? anda sendiri pun mesti tidak sanggup kan ? si isteri sehingga sanggup melakukan perkara-perkara seperti menyerang si perampas atau bergaduh habis-habisan dengan suaminya. masa itu, dunia terbelah dua pun tak kan sedar. yeke? hanya kerana tidak sanggup bermadu, perkahwinan habis kucar-kacir, dan si isteri lebih rela di ceraikan daripada dimadukan. adakah patut semua ini berlaku? jika difikirkan semula, apa motif berkahwin dan akhirnya berpisah? yang menjadi mangsa si anak.
memang aku belum lagi berkahwin, masih jauh lagi perjalanan aku. tapi kadang kala aku terfikir, jika si isteri membenarkan si suami bernikah lagi 1, si isteri akan mendapat payung emas semasa di akhirat kelak. best kan ? dan juga dapat membantu wanita lain yang tidak bernasib baik. dalam islam tidak mengharamkan pun berpoligami, diharuskan lagi ada lah. lagi pun bilangan wanita kan lebih ramai, jika setiap seorang wanita berkahwin dengan seorang lelaki, macam mana dengan wanita yang lain tu? andartu lah jawabnya..
semua ini adalah takdir Tuhan, mahu mengelak macam mana sekalipun jika sudah jodoh dengan lelaki orang, kahwin lah juga jawabnya. aku kurang berpuas hati dengan wanita yang suka memburukkan dan mengheboh cerita tentang golongan wanita yang berkahwin dengan suami orang. semua ni jodoh, yang dia nak bising kenapa. *okaayy geram kejap.
walau bagaimana pun, si suami jangan lah dok gatal sangat nak berbini dua jika bini sorang pun tidak terurus. tu dah berdosa dan membebankan pulak. kan? dan juga, si bini kedua janganlah degil nak nikah juga walau pun tak dapat kebenaran isteri pertama, dia tak kasi macam mana pun, tu belakang cerita, yang penting dia tahu yang kamu tu nikah dengan laki dia. jangan anggap remeh, semua ni penting kot. okay okay?
walau bagaimana pun, si suami jangan lah dok gatal sangat nak berbini dua jika bini sorang pun tidak terurus. tu dah berdosa dan membebankan pulak. kan? dan juga, si bini kedua janganlah degil nak nikah juga walau pun tak dapat kebenaran isteri pertama, dia tak kasi macam mana pun, tu belakang cerita, yang penting dia tahu yang kamu tu nikah dengan laki dia. jangan anggap remeh, semua ni penting kot. okay okay?
kesimpulannya, kalau perkara ini terjadi dekat aku, mungkin aku juga akan bingung kejap dan terdiam. hehe. aku pun tak nak juga bermadu dan berkongsi kasih. tapi jikalau suami aku tu mampu menyediakan rumah, kereta dan anak-anak biar aku yang jaga, so tak kisah la. bukan mata duitan okay cuma fikir tentang kepentingan anak-anak je. dan jangan sampai tak reti nak balik rumah. aku nak manja-manja juga kan? hahaa.. papepun biyy kalau boleh tak payah la eh ? ngee^^





fafa