27 Nov 2012 | 0 comment(s)
Allah lebih tahu segalanya. kita tak boleh terlalu tidak mahukan sesuatu atau terlalu mahukan sesuatu, kerana tanpa kita ketahui, Allah sedang merencanakan sesuatu yang semestinya terbaik untuk kita. macam apa yang terjadi pada aku, aku sangatlah tidak mahu tahu apa-apa yang berkaitan dengan sz. tapi, setiap kali ada sesuatu yang terjadi, Allah akan kirimkan hambanya untuk menyampaikan berita itu sendiri kepada aku. Tapi kenapa ? Hanya Allah saja yang tahu sebabnya. kenapa Allah lembutkan hati aku dan membuatkan aku tiba-tiba mencarinya, itu juga rahsia Allah. sepedih mana aku rasai, mungkin ada lebih bernasib malang, oleh itu aku belajar untuk bersyukur. aku yakin ada hikmah kenapa aku tidak bersamanya. dan aku sangat gembira kerana dia sudah ada penggantiku yang jauh lebih baik daripada aku. Alhamdulillah :')akan ku cuba untuk menjauhkan diri drpdnya sejauh yang mungkin, agar si dia mampu bahagia bersama kekasih baru.
mungkin engkau kekasih terakhir dan mungkin tidak. aku serah saja kepada Allah, kerana Dia Maha mengetahui. ku hilangkan perasaan cinta, anggaplah ini pengorbanan terakhirku. tidak mengapa aku terluka, kerana luka akan sembuh, hilang akan berganti. biar aku yang mengalah supaya keadaan tidak menjadi rumit. jika ingin merasa tenang, hati haruslah sentiasa rela dan memaafkan. lagipun, aku selalu beranggapan yang ini sebahagian daripada jihad ku untuk mengejar kasih Allah. kasih dan cinta yang paling teragung. dan tidak akan terhapus sampai bila-bila. hari semakin suntuk, apatah lagi apabila kita mengejar duniawi, mati sangat hampir dengan kita. adakah cukup segala amalan ku di dunia dan mampukah aku menempuh akhirat ? Alhamdulillah Ya Allah kerana pisahkan kami di dunia, supaya aku mampu mengejar amalan ku dan mengecapi keindahan dan kebahagiaan di syurga yang kekal abadi. merelakan hati adalah cara aku, dan bukan berdendam. aku harap aku akan tenang dan semoga Allah permudahkan segala urusan di bumi Allah ini.. sekian Assalamualaikum
xoxo, F





fafa