ღxoxo fafaღ
| +FOLLOW | DASHBOARD.




Duduk Diam Untuk Gaza
28 Nov 2012 | 0 comment(s)
Assalamualaikum :)
post ni lambat sikit di tulis di sebabkan oleh keadaan internet yang tak mengizinkan. hehe
kali ni fafa nak kongsi sebuah cerita, pengalaman fafa dengan korang semua..
pada hari ahad yang lepas, fafa telah menglibatkan diri dgn satu kempen #DDUG (dduk diam utk Gaza)
kempen tu utk tunjukkan yg kami sgt prihatin terhadap apa yang menimpa rakyat palestin. apa yang kami buat di sana ? lihat gambar ini...


haaaa nampak tak tulisan "Save Syria Free Gaza" tu ? itu lah kami semua. rmai juga yang turut serta melibatkan diri dgn kempen ini. alhamdulillah, masih ramai yang pedulikan nasib saudara seislam di sana. yang paling buat fafa terharu, bukan golongan belia je yang hadir, tapi, golongan tua dan juga kanak-kanak. bukan sahaja rakyat Malaysia. Tapi ada juga warga asing, yang bukan beragama Islam pun ada. sungguh seronok. Di saat kami semua berkumpul, dan melaungkan Takbir Allahuakbar ! hati fafa, sungguh terharu. sebak mata berkaca. terasa kuat sangat hubungan kita sesama Islam, walaupun berlainan bangsa, dan juga negara.

Hari pada ahad itu mendung, dan hujan rintik-rintik. tapi sikit pun tak melemahkan kami untuk teruskan misi ini. macam fafa, pada mulanya beria dgn payung, akhirnya malas guna. hehe. Hujan tak turun lebat. hanya rintik-rintik sahaja, bagi fafa, mungkin, Allah mengizinkan niat kami, dan hujan yang turun itu hujan rahmat. antara waktu yang doanya akan dimakbulkan kan pd waktu hujan :') Insya Allah doa kami semua, akan dimakbulkan. Aminnnnn.

sebenarnya fafa bukan lah sudah biasa melibatkan diri dgn semua ini. ini adalah pertama kali fafa melibatkan diri. dan sebenarnya juga, fafa bukan jenis yang peduli dgn peperangan yang terjadi di sana. kerana fafa membesar dlm keadaan yang tidak ambil tahu semua itu. :') tapi masa berlalu dgn pantas, manusia juga berubah. Alhamdulillah, sekarang fafa tidak seperti dulu. Alhamdulillah Allah SWT mmbuka pintu hati fafa untuk berubah dan fafa terus berminat untuk mendekati agama, dan terus mencari kebenaran.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi semangat :') tanpa kawan-kawan yang memberi sokongan, sangat sukar untuk seseorang itu berubah kearah kebaikan.

ini gambar fafa memegang ipad yg di tulis STAY STRONG utk rakyat palestin :)


di sana mereka ada menjual selendang untuk save gaza tu, tapi fafa tak beli apa-apa sbb tak ada duit. hehe datang KLCC dgn duit yang cukup-cukup je. tapi ada seorang makcik yang fafa kenal di sana telah menghadiahkan fafa lencana berpin yang bertulis Palenstin di hatiku. hehe. kata makcik tu, tanda perkenalan :') hehe.. ini gambarnya


hehe. mungkin sampai di sini saja entry kali ini. kalau ada salah dan silap, maafkan saya. sesungguhnya yang salah itu datang dr fafa, maafkan saya...

xoxo, f




paST . preSeNt